Sunday, February 14, 2016

Cinta vs Sahabat

Salam buat semua, Hari nie sis nak update sikit blog sis nie sbb dah lama sangat tak mengarang. Ok, antara CINTA vs SAHABAT apa yang dapat dikaitkan dalam perkara nie? Sebenarnya aku amat menyayangi dia tapi hubungan kami tidak lebih dari hubungan seorang kawan. Kami dah lama kenal sejak dari zaman sekolah menengah lagi tapi hubungan kami terputus setelah dia berpindah ke sekolah lain. Nak dijadikan cerita plak, kami bertemu kembali. Masa tu masing2 tgh ada komflict dlm perhubungan masing2. Tapi dalam hal macam nie aku tak salahkan siapa2 pun kalau hubungan aku separuh jalan saja. Siapa tak sayang kan kalau putus setelah 4 tahun bersama tapi nak buat macam mana dah tak ada jodoh, sefahaman pun tak ada so baik lepaskan saja. Lagipun aku tengok dia dah bahagia dengan pilihan hati dia. So, aku tunggu apa lagi, move on je laa ziera oiii.

Tak guna pun nak bersedih2 sangat. Benda dah jadi. Susah untuk aku buat keputusan tapi aku kena juga buat keputusan yang terbaik untuk diri aku. Berbalik pada cerita tadi, hubungan aku dengan sahabat aku nie semakin lama semakin akrab sehinggakan dia sendiri yang buat hubungan kami jadi retak sebab dia ada orang lain dalam hati dia, Setelah itu aku mengambil keputusan untuk menjauhkan kan diri aku dari dia. Hubungan kami pun semakin lama semakin renggang. Sejak dari hal itu, aku pun mengambil keputusan untuk menutup pintu hati aku disebabkan kecewa yang teramat sangat. Lama juga laa kami tidak contact antara satu sama lain sehinggakan dia sendiri yang contact aku balik.

Nak dijadikan cerita juga, hubungan kami pun baik balik. Alhamdulillah, kami bersama kembali semakin sahabat di dunia dan di akhirat, Insya Allah :). Susah untuk aku buang semua perasaan yang ada masa tu. Aku selalu bersedih dengan hidup aku. Apa yang aku buat semua tak menjadi. Sampai satu ketika aku rasa tawar hati untuk bercinta lagi. Takut kecewa lagi sekali kan tapi sampai bila aku nak tutup hati aku dari bercinta, Aku kena bagi peluang dekat orang lain untuk mengisi kekosongan hati aku. Buat masa sekarang nie jangan fikir pasal hubungan. Fikir apa yang perlu aku lakukan untuk masa depan aku sendiri. Nak bercinta tu boleh tapi take time untuk percayakan cinta. Cukup sekadar perasaan cinta dan syang tu lahir dari hati yang ikhlas dan tulus. Be honest to your partner. Jangan sesekali patahkan hati orang lain yang betul2 sayangkan kita, 

Sekian.

Sincerely from,
zahirahnazilan

Thursday, July 23, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Pada tarikh 17 Julai 2015, itulah tarikh kita semua menyambut bulan Syawal yang mulia setelah sebulan menahan lapar & dahaga. Akhirnya hari yang dinanti2kan bertemu jgak iaitu hari kemenangan untuk kita semua menyambut bulan ramadan. Pejam celik pejam celik, bulan ramadan pun dah melabuhkan tirainya. Sekarang nie kita semua sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri. 1 Syawal tiba jgak akhirnya. Mcm2 gelagat, mcm2 karenah kita dpt lihat bila berjumpa sanak saudara di kampung bahkan di mana2 sahaja. Seronok jgak dpt berkumpul bersama sanak saudara & keluarga terdekat. Pagi raya mcm biasa laa, pergi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Bermaaf-maafan sesama kita. Berkunjung rumah sanak saudara, jiran tetangga. Tahun nie ada rezeki lebih, dptlah bg saudara mara duit raya seorang sikit. Seronok jgak dpt bg duit raya dkt budak2. Tahun nie jelah dpt bg sbb mne laa tau tahun dpn tak keje lg kan. Dpt rezeki smbung degree. Haha, kita plak yg kutip duit raya. Insya Allah, minta2 laa dpt sambung bljr. Aktiviti raya pertama, mcm biasa laa. Balik kampung belah ibu di Perak sampai raya ketiga. Tiap2 tahun buat mcm tu. tak oenah tak balik time raya. Cume raya korban je laa yg tak penah balik. Raya kat KL je. Yang penting raya dgn family kita sendiri. Tu yang paling penting pun sebenarnya.
                




Sekian.

Sincerely from,
zahirahnazilan

Monday, July 13, 2015

Kerja ohhh kerja!

Haihhhhh, semakin hari semakin berlambak kerja aku. Pehhhh, bila laa nak settle nie? Nak balik rayaaaa!!!!!! Dah nama pun kerja kan, mmg laa makin lama makin banyak. WAAAAAA! Nasib kau laa zira. Siap kerja yg nie, dtg lagi kerja yg baru. Mmg bertimbun laa jawabnya. Tak pe laa, yg penting aku dah apply cuti utk rayaaa. Baru senang nak balik raya. Cehhhh, macam balik jauh sgt. Cuti lama plak tu. Ahhhhh, biarkan je laa. Janji aku dapat cuti. Malas nak fikir kerja time raya2 nie. Mood raya bakal tiba bila kerja dah siap, kuih raya bakal nak buat nanti. 

Image result for hari raya
       



Image result for kerja













Sekian, terima kasih.


Sincerely from,
zahirahnazilan

Sunday, July 12, 2015

Persiapan menjelang hari raya.

Lagi beberapa hari saja Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Harap2 bulan puasa tahun ini memberi byk manfaat kpd semua umat Islam di dunia. Di hujung bulan puasa ini bykkan laa beribadat kpd Allah SWT agar diampunkan segala dosa yg telah dilakukan oleh kita semua sebagai umat-Nya di muka bumi ini. Berbalik pd persiapan menjelang hari raya, mesti semua tengah bertungkus lumus menyiapkan apa sahaja yg belum disiapkan utk hari raya yg bakal tiba tidak lama lagi. Seperti raya yg sebelum2 ini, tugasan demi tugasan akan diberikan kpd semua org termasuklah aku sendiri. Dengan cara seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan antara keluarga. Masing2 telah diberikan tugas yg adil dan saksama ke? HEHE, haruslah kena adil. Last day puasa semua berkumpul di rumah nenek utk buat segala tugasan yg diberikan sebelum menjelang hari raya.Wah wah, rasa tak sabar laa plak nak raya nie. Ade je lagi yg aku tak sempat nak beli. Insya Allah, esok laa kot sambung membeli belah utk mencukupkan ape yg tak cukup lagi.

Macam2 idea yg diberikan utk menghias rumah nenek tu, ade yg nak gantung kad raya laa. Pasang lampu kelip-kelip laa. Tapi dlm byk2 idea yg ade, idea aku yg ditolak. Haiyaaa, mau pasang panjut saja maa. Baru meriah malam raya. It's okay laa, terpulang laa uoalllsss nak buat mcm mne. I ikotkan aje. Jnji tak kacau keje I laa. Sekali sekala nak pasang panjut, ape salahnya. Dah lama pun aku nak pasang panjut dkt rumah nenek tu tp apakan daya ideaku ditolak. HUHU, tak pe laa. Tak kesah pun. Tanpa panjut pun, raya tetap raya kan. Tak de pun cacat celanya. Duit raya pun dah stand by. Tinggal nak bagi je masa raya. Tahun nie je laa dpt bagi pun sbb tahun nie je berduit sikit sbb bekerja kan. Tahun dpn, klu ade rezeki, ade laa aku bagi. Kalau tak, tak de laa duit raya. Terima je duit raya klu org bagi. Wahahahahahaha, :D

Image result for selamat hari raya kartun

Image result for selamat hari raya

Image result for selamat hari raya kartun

Dengan ini, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Yang penting, berhati hatilah di jalan raya. Ingatlah org yg tersayang.

Sekian.

Sincerely from,
zahirahnazilan




Saturday, July 11, 2015

Antara cinta atau sayang?

Selamat berhari minggu buat semua. Agak-agaknya laa kan, apa BEZA antara CINTA dgn SAYANG ek? Yg aku rasakan skrng nie terhadap dia hnya sayang atau cinta? Huhhhh, semak btul laa fikir psal cinta nie. Aku sndiri pun tak dpt beza cinta atau sayang. Yg aku tahu, CINTA itu memerlukan pengorbanan, CINTA itu suci jika mencintai seseorang itu dengan niat untuk dijadikan pasangan hidup. Habis itu, ape yg boleh dikatakan dengan SAYANG? Yg aku tahu psal SAYANG cuma kita menyayangi org itu seperti sayang kita terhadap diri kita. Contohnya mcm kita sayangkan family kita dgn sepenuh hati, menyayangi org yg sayangkan kita. Itu yg aku faham laa mengenai sayang. Lagi satu, jgnlah kita menyayangi org lebih dr kita menyayangi Allah SWT dgn Nabi kita sendiri. Itu yg penting sbb syg kita sebagai manusia tidak akan kekal lama. Hanyalah sementara sahaja. Cinta dan sayang sesama manusia akan pudar juga bila cinta dan sayang itu dinodai oleh org lain. Hanya cinta dan sayang kepada Allah SWT dan Rasulullah sahaja yg kekal sampai bila2. 

Mungkin yg aku rasakan skrng ini hanyalah rasa sayang dgn kasihan saja terhadap dia. Dah tak ada rasa cinta antara aku dgn dia mcm dulu. Aku rasa mcm biasa saja bila dgn dia. Tak ada rasa happy pun bila dgn dia cuma aku hanya rasa menyampah, menyirap dan rasa nak marah je bila dgn dia. Tak ade rasa hormat langsung dgn dia. Yang aku tahu, dia tak payah laa susah2 nak pujuk aku bagai mcm dulu. Hati aku nie ibarat terlalu rapuh dan sensitif. Bila terluka saja, susah utk disembuh. Take time jgak utk aku menyembuhkan luka dlm hati. Bia luka luaran sbb nmpk, ini luka dalaman. Mmg susah nak sembuh sbb luka yg tidak nmpk. Kalau tak menyusahkan aku satu hari tak boleh ke? Dah tak tau tu buat je laa cara tak tau. Masalah btul laa! Makin hari makin tak de jln utk ke arah penyelesaian. Asyik2 nak marah2 dia je. Bukan sbb ada org ketiga ke apa. Ini disebabkan masalah perangai masing2. Aku tak tahan dgn perangai dia. Haishhhh, tak boleh nak teruskan je laa rasa. Tak makan pujuk aku nie. Lagi dipujuk, lagi aku melenting. Mmg masalah laa klu mcm tu. Sabarlah wahai hati. Mmg sedih sebenarnya bila sesebuah perhubungan itu berakhir dgn dua hati yg terluka. Tapi apakan daya klu dah itu pilihan yg tepat dan pilihan yg terakhir dr meneruskan perhubungan yg belum tntu akan menjamin kebahagiaan bersama.


Image result for hati yang terluka


Sekian.

Sincerely from,
zahirahnazilan
      

Sunday, July 5, 2015

Kerja vs Belajar

Image result for kerja vs belajarHaihhhh, bila laa nak dpt gaji nie! Adehhhhh, mslh btul laa klu dah nak raya gaji plak tak masuk lagi. Byk bnde tak beli lagi nie. Cepat laa msuk gaji weyhhhhh. Tergendala semua plan aku. Dah kerja tunggu bila duit gaji masuk. Kalau belajar plak, tunggu bila result nak kuar. Time tu laa berdebar2. Rasa nak tercabut jantung laa bagai, sakit perut nak memerut laa. Adehhhhh, mcm2 hal. Lagi berapa bulan je nak benti kerja kalau dapat peluang utk sambung belajar. Nak tak nak mmg kne lepaskan juga kerja nie. Tak kan nak kerja still gunakan lagi result SPM kan. Msti nak guna degree punya level plak. Actually, kerja nie mmg penat. Kuar pagi2 buta sbb nak elak jem. Balik plak pukul 5 ptg. Itupun bukannya sharp kuar pukul 5. Balik pun dah jem naknya bulan puasa. Alamak aiii, penat atas jalan je aku nie. Sampai je kat rumah, automatik terbongkang aku tidur. Punya laa penat. Padahal kerja tak seberapa pun. Cuma penat atas jalan je, dgn menghadap jem lagi. Relax zira, lagi bape bulan je. Lepas nie tak hadap jem dah. Concentrate dengan belajar plak. Insha Allah, klu diberi peluang utk sambung belajar. Hope dapat laa sambung belajar.

Image result for kerja vs belajar
Sekian.

Sincerely from,
zahirahnazilan

Sayunya dengar lagu raya.

Salam semua. Sambil2 update blog, dgr plak lagu raya mmg sayu je. Lagu raya zaman dulu dgn skrng byk perbezaanbya. Lebih sayu didengar bila mengingati org yg telah pergi menghadap Ilahi. Bersyukur laa kita diberi kesempatan utk menyambut bulan ramadan & Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Macam2 persiapan yg kita buat utk menyambut Aidilfitri. Berpasang2 baju, kasut serta beg. Belum kira lg dgn duit rayanya plak. Kuih raya msti dah tempah, ada plak yg busy membuat kuih raya. Klu aku laa, sibuk pd mlm raya laa. Nak buat kuih raya. Balik dr kampung, mcm biasa laa sibuk nak kemas rumah. Org lain kemas rumah sebelum raya, kami plak lpas balik dr kampung baru nak mengemas. Haha, dah lari dari tujuan asal nie mengupdate blog. Tak pe laa, alang2 dah update tu mencelah laa sikit mengenai persiapan raya. Ade kena mengena jgak laa.

Image result for selamat menyambut aidilfitri  Image result for selamat menyambut aidilfitri

Image result for selamat menyambut aidilfitri   Image result for selamat menyambut aidilfitri  

Hehe, belum ape2 lg dah ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Bulan Ramadhan pun tinggal lagi beberapa hari saje. Lagi 2 minggu, bulan puasa pun akan melabuhkan tirainya. Sementara masih lagi dalam bulan puasa, banyak2 laa beribadat kpd Allah SWT agar ramadhan yg kali ini memberi keberkatan kpd kita bahkan kpd semua org.

Sekian.

Sincerely from,
zahirahnazilan