Thursday, July 23, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Pada tarikh 17 Julai 2015, itulah tarikh kita semua menyambut bulan Syawal yang mulia setelah sebulan menahan lapar & dahaga. Akhirnya hari yang dinanti2kan bertemu jgak iaitu hari kemenangan untuk kita semua menyambut bulan ramadan. Pejam celik pejam celik, bulan ramadan pun dah melabuhkan tirainya. Sekarang nie kita semua sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri. 1 Syawal tiba jgak akhirnya. Mcm2 gelagat, mcm2 karenah kita dpt lihat bila berjumpa sanak saudara di kampung bahkan di mana2 sahaja. Seronok jgak dpt berkumpul bersama sanak saudara & keluarga terdekat. Pagi raya mcm biasa laa, pergi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Bermaaf-maafan sesama kita. Berkunjung rumah sanak saudara, jiran tetangga. Tahun nie ada rezeki lebih, dptlah bg saudara mara duit raya seorang sikit. Seronok jgak dpt bg duit raya dkt budak2. Tahun nie jelah dpt bg sbb mne laa tau tahun dpn tak keje lg kan. Dpt rezeki smbung degree. Haha, kita plak yg kutip duit raya. Insya Allah, minta2 laa dpt sambung bljr. Aktiviti raya pertama, mcm biasa laa. Balik kampung belah ibu di Perak sampai raya ketiga. Tiap2 tahun buat mcm tu. tak oenah tak balik time raya. Cume raya korban je laa yg tak penah balik. Raya kat KL je. Yang penting raya dgn family kita sendiri. Tu yang paling penting pun sebenarnya.
                




Sekian.

Sincerely from,
zahirahnazilan

No comments:

Post a Comment